impian tinggal angan angan

disebabkan mood aku masih terumbang ambing, aku decide nak luahkan lagi segala isi hati yang terbuku termeja tertulis kat dalam hati aku ni. hmm. nampak kan gambar gambar seperti yang tertera diatas? sebenarnya , ni lah ambition utama aku. hampir terlaksana tapi disebabkan perlajaran lagi penting, impian tinggal angan angan. sedih. 2012, june 16 tarikh ni lah aku dapat tahu yang aku kena pilih either study or kerjaya and benda tu sangat koyakkan hati aku yang sememangnya tak pernah tak terkoyak ni. hmm. perit sebenarnya nak ingat balik but what to do kan. aku teringat dah aku tak larat dah nak simpan. kalau ada sesiapa yang baca, thanks ah semakkan otak kau orang dengan membaca isi hati aku ni kejap en. hmm. okay back to topic, aku nak sangat jadi bendalah ni. bila cikgu tanya kat sekolah, jawapan aku tak pernah berubah. pertama, aku nak jadi stewardess. kedua? aku nak ganti tempat ayah tercinta, aku nak jadi polis. kenapa aku nak jadi stewardess?? aku sukakan kebebasan. aku tak suka terperuk , buat benda yang sama, terkongkong gila gila. aku nak jadi macam burung. bebas terbang mana je. aku nak belajar culture negara lain, cara dorg makan and so on. that's why aku minat teronta ronta sangat dekat bidang ni. tapi nak buat macamana, nak restu keluarga punya pasal, impian hanya tinggal kenangan. polis pulak , aku bukanlah sesaja nak ganti centu je. aku tak suka jadi polis yang terperuk dalam office, dalam lab, dalam balai. no. bukan cawangan yang macamtu. aku tahu, ramai polis wanita akan jadi kerani, kerja kat pejabat tapi pergi la mati. takde law cakap polis wanita hanya dalam pejabat je. aku nak jadi polis traffic, aku nak jadi police forensik. aku nak jadi polis bahagian jenayah. aku suka buat kerja yang cabar aku. kalau setakat duduk kat kerusi pusing, ketak ketuk bunyi keypad, tokseh lah. dok mahu. ayah dah hampit hampir nak bagi aku peluang tapi seperti biasa, ibunda tercinta melarang. dia kata bahaya. dia kata nanti aku busy, takkan ada masa untuk family. ada betul apa dia cakap tapi at least, bagi lah aku buat decision sendiri. aku pernah memberontak. yes, takyah cerita lah berapa banyak kali en, memang dah berkali kali. rasa bodoh pulak bila ingat balik. hmm. hati aku ni membuak buak nak jadi stewardess bila aku hantar kawan aku pergi KLIA. pilu sentap patah hancur hati aku tengok stewardess and gerombolan dia jalan tarik bagasi. cis. aku nak lari, tendang kuat kuat je bunch of them masa tu. nak je aku rentap rambut dorang, jerit " kenapa korang, bukan aku" haha bodohkan imaginasi? otw balik, aku positive kan diri aku. aku cakap dengan diri aku sendiri. ini bukan takdir aku. ini bukan apa yang tertulis untuk aku. kalau aku nak, tapi yang berkuasa tu tak bagi, aku buat macamana pun, takkan dapat punya. sebab tu sekarang, aku tak suka pergi KLIA. aku tak suka dengar bunyi kapal terbang. bunyi bunyi and nampak dorang, buat aku koyak. buat aku haru babeng. hmm aku dah swing sangat ni. thanks for reading. till next one, mwah